Sunday 23 December 2012

Luahan Seorang Insan


Saya hendak berkongsi sebuah cerita yang diambil 
daripada pengalaman seseorang yang sangat saya hormati...
kisah di mana seorang pelajar yang tersesat jalan 
tetapi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertemu dengan sahabat 
yang mampu menarik tangannya daripada terus bergelumang dengan maksiat...

kisahnya bermula apabila Alan (bukan nama sebenar) di terima untuk melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang asasi sains... Alan seorang yang sangat cerdik... terbukti apabila keputusan SPMnya tahun 20** mendapat 10A+... Namun latar belakang keluarganya seperti kebanyakan remaja-remaja berada yang lahir di KL dan membesar dalam persekitaran yang agak sosial... Bapanya sering ke luar negara dan ibunya pula kurang meluangkan masa bersamanya. Waktu siangnya sering dihabiskan besama tutor peribadi yang sering berkunjung ke rumah besar itu...Namun, waktu malam Alan bukan waktu istirehatnya...Alan sering berkunjung ke kelab-kelab malam di KL...Paling menyedihkan waktu itu Alan baru berusia 16 tahun...

Kebiasaan seorang muslim melanjutkan pelajaran untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t tetapi niat Alan terpesong jauh waktu itu...Dia ingin mengajak rakan-rakannya di universiti untuk 'join' bersamanya... Ketika itu Alan telah menjadi si peminum arak...Astagfirullah!... Namun, sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani... Alan ditemukan dengan seorang rakan bilik yang baik akhlaknya...Alhamdulillah!... 

Suatu hari, Alan ingin ke KL untuk melakukan maksiat seperti hari-hari yang sebelum... Rakan sebilik Alan, Fathi (bukan nama sebenar) telah mengetuk hati Alan dengan kata-katanya yang ringkas tapi cukup untuk menyentuh hati Alan yang kian membusuk dan hitam...
 "Alan, hang tak bek wat camni...Dosa tau, Allah marah..."
"Aku tau la Fathi oi, kang kalau mak aku tanya hang habak la aku gi kelas..."
"Alan cammana kalu hang tiba-tiba mati dalam disko tuh?'
Alan tersentak...

Alan bercerita tentang kisahnya kepada seorang yang sangat 
saya hormati dan ketika itu minggu ke-14 
sewaktu Alan selesai di uji hafalan ayat hafazannya...

Alan: "Ustazah, pada mulanya saya nak tarik dia (Fathi) ikut saya join to the club, tapi last-last saya yang di tarik oleh dia"
Ustazah: "macam mana dia lakukan?"
Alan: "Dia selalu nasihat saya tapi dia tak pernah perli saya, dan nasihat dia sangat pendek tapi melekat dalam hati saya. Dia tidak pernah menjauhkan diri daripada saya walaupun dia tahu sebelum ni saya minum arak. Kami tetap belajar bersama-sama dan makan bersama. Lama-lama saya terikut-ikut dengan akhlak dia yang baik dan saya bertaubat daipada melakukan maksiat itu lagi. sekarang saya mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran."
Ustazah: "Alhamdulillah :) "
Alan: "Ustazah tahu apa dalam disko tu?"
Ustazah: "saya tak pernah masuk la Alan -,-"
Alan: "hehe. Dalam disko tu semua ada, perempuan, arak mahal, arak murah, even ramai orang ternama ada dalam tu."

Setakat ini sahaja kisah pemuda tersebut.  Ketika saya mendengar kisah ini, saya tersentuh dengan sikap sahabat yang tidak meninggalkan sahabatnya dalam kesesatan sebaliknya berusaha mengajak kepada kebenaran... Dan pemuda yang cerdik itu bukan sahaja cerdik di mata manusia, Insya Allah cerdik pada pandangan Ilahi... semoga kita sama-sama mendapat iktibar dari coretan ringkas saya kali ini... Alhamdulillah...
......................................................................................................................................................

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." 
-Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
 (At-Tahrim: 8)