Tuesday 18 June 2013

manusia talam dua muka?

kadang-kadang aku takut dengan diri aku sendiri. "aku ke ni?"
pelik kan... aku boleh menggangap ini suatu yang normal ketika waktu tumbesaran manusia... tapi bila difikirkan aku sekarang kerap bercakap dalam hati... scary? hah, kan aku da kata, aku pun kadang-kadang takut dengan aku yang macam tu... antara faktor yang boleh aku kemukan ialah aku rasa sunyi dan kosong... tapi faktor ni belum dibuktikan lagi dengan apa-apa kajian...
kadang-kadang aku fade up layan hati aku ni aku capai al-Quran... aku baca...baca...then baca...sampai aku rasa lidah aku tak kaku macam first aku baca tadi... tapi aku tak dapat apa yang aku nak sebab aku tak faham... pastu aku amik al-Quran terjemahan abang aku "MIRACLE THE REFERENCE"... hah, kitab tu hantaran dia... seriously, tebal, colorful, ada hadis2, terjemahan lengkap dgn beberapa tafsiran ulama2... aku excited nak baca... bila aku jumpa beberapa ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah, aku rasa tersentap rasa macam tepat kena hati aku...

"dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka mengatakan: 'kami telah beriman.' dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: 'sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanyalah berolok-olok'." 2:14
"Allah akan membalas olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka" 2:15

kenapa aku sentap? aku menangis dan takut ayat ni menggambarkan diri aku...


sewaktu aku study, jauh dari keluarga, Allah temukan aku dengan manusia-manusia yang sangat cantik indah akhlaknya, sebelum ni aku tak pernah nampak... bertudung labuh, setiap kali bercakap mesti ada perkataan 'Allah', senang berkongsi masalah dengan mereka... itulah first time aku join usrah... aku join masa last sem aku di asasi... sempat bersama mereka hanya 4-5 kali perjumpaan sahaja tapi ikatan yang terjalin rasa macam dah kenal dari sekolah rendah... aku selalu di nasihatkan supaya kurangkan kerja2 lagha, usaha lengkapkan mutabaah, sama-sama kejut bangun tahajud "awak misscall saya, saya misscall awak" hehe... waktu tu aku tak rasa kosong atau kesunyian walaupun berjauhan dengan family...

tapi... bila aku dah hurayyy lepas exam... balik rumah... aku kembali jadi diri aku yang penuh dengan karat-karat jahiliyah... tgk tv, tgk anime sampai pagi, tak peduli dengan mutabaah, dengar lagu-lagu lagha, kurang dah dengar ceramah kat surau... dan aku mula start cakap sorang2 dalam hati, merepek merabun ntah apa2... aku rasa kosong sunyi dan bila aku bangun tidur aku tak tahu macam mana nak manfaat hari aku yang Allah dah anugerahkan kat aku... aku benci dengan aku yang macam tu...

bila aku terbaca ayat al-Quran 14-15 aku sedar, aku tak nak jadi 'mereka' yang Allah sebut dalam ayat tu... talam dua muka, depan orang baik jadi baik, bila jauh daripada mereka jadi balik diri yang lama... aku TAK NAK!


"seseorang seharusnya tidak mendengarkan hasutan nafsunya. dia seharusnya menyucikan dirinya dari segala macam sifat dan pemikiran yang mengarah pada kemunafikan untuk memperoleh KEIKHLASAN" - Harun Yahya