Saturday 26 May 2012

Al Masihi Ad dajal


Assalammualaikum dan slmt sejahtera... erm, coretan hari ini bukan untuk umat islam shj, sesiapa yg bkn beragama Islam tp ingin mengetahui dan inigin membc dipersilakan~
seperti biasa, aku mudah tertarik dgn beberapa maklumat bertaip yg ada dlm buku~ niat aku hanya utk berkongsi dgn korang, bkn utk menunjuk pandai atau yg lain2~  seperti yg tertera pd tajuk, hrni aku nk berkongsi cerita ttg seorg MANUSIA yg bernama DAJAL.....
aku pernah menonton satu video yg memaparkan tentang dajal. Antara isinya ialah dajal merupakan separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berketurunan jin manakala ayahnya berbangsa Yahudi... kebanyakan org Islam di Malaysia percaya bahawa perkara itu benar~
sebagaimana yg aku tulis di awal perenggan, dajal merupakan seorg MANUSIA. dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau benda2 lain selain seorg MANUSIA...
aku pernah mencari tentang dajal di dalam al-Quran  tp tdk jumpa, sekarang barulah aku tahu bhw al-Quran tdk menyebut ttg dajal tetapi disebut di dalam hadis-hadis nabi yg sahih yg menceritakan dajal ialah tanda kiamat yg besar~
walaubagaimanapun, byk hadis yg direka(palsu) mengenai dajal maka secara tidak langsung ia akan menyebabkan masyarakat mula salah faham..
           menurut pensyarah jabatan pengajian al-Quran dan al-Sunnah, fakulti pengajian islam, UKM>>FADLAN MOHD
katanya berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, 
"sesungguhnya dajal adalah lelaki yg pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. sesungguhnya tuhan kamu tdk rosak matanya."
maka sudah jelaslah bahawa dajal itu hanya seorang manusia dan diberi kuasa luar biasa oleh Allah swt~


DAJAL:
  1. dia tlh hidup sejak zaman Nabi Muhammad.
  2. digelar dajal kerana matanya yg rosak dan kebolehan luar biasa yg dpt menghidupkn org mati.
  3. "tertulis di dahinya perkataan "kaf-fa-ra" (KAFIR). tulisan yg dpt dibaca oleh semua umat Islam sama ada mereka buta huruf atau tidak. asalkan org itu mengucapkn kalimah syahadah.
  4. dajal adalah manusia yg ditangguhkn ajalnya oleh Allah, sehingga satu masa dgn izin Allah swt dia akan muncul semula utk menguji keimanan manusia.

hadis yg diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud,
 "dajal ialah org yg buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula merupakan neraka"
KEISTIMEWAAN DAJAL:
  1. ada bersamanya syurga dan neraka. dajal akan menggunakan kedua-duanya utk menguji keimanan org Islam. apa yg dajal berikan sbg syurga sebenarnya ialah neraka manakala neraka yg diperlihatkan sebenarnya ialah syurga.
  2. dajal akan pergi ke daerah kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tdk menjd. dajal akan menurunkan hujan di daerah itu dg syarat penduduk itu beriman kepadanya bukannya Allah swt. maka daerah itu kembali subur dan dilimpahi kekayaan melimpah ruah. manakala bg daerah yg penduduknya tdk mahu mengaku dajal sbg tuhan akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.
     ada sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud,
para sahabat bertanya,"ya Rasulullah, apa yg di makan oleh org Islam yg beriman kepada Allah pada hari itu nanti?"
Rasulullah menjawab,"mereka akan menjd kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. zikir-zikir itu yg akan menjd makanan mereka"
3. dia blh menjelajahi seluruh pelosok bumi dlm 40 hari dgn kepantasan yg menakjubkn. hanya 2 tempat yg dia tdk blh masuk iaitu Mekah dan Madinah.

   ada sebuah yg diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan,
 "kami bertanya: wahai Rasulullah , bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini?"
"Nabi menjwb: kepantasannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yg dipukul angin kencang."
Rasulullah mengingatkan org yg beriman supaya menhindrkan diri dr berjumpa dgn dajal. malah nabi bersabda, "hanya seorg lelaki dr Madinah yg dapat berdepan dgn dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu akan dibunuh oleh dajal. kemudiannya akan dihidupkan semula lelaki itu. lalu dajal berkaya, tidakkah kamu percaya kepada aku. lelaki itu menjawab, "tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi diselamatkan oleh Allah.

DAJAL SEDANG MENUNGGU:

menurut hadis yg diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamim ad-Dari yg beragama kristian tetapi tlh memeluk agama Islam.

Rasulullah berkata, " Tamim pernah bercerita kpd ku tentang satu perkara yg pernah aku ceritakan kpd kalian mengenai al-Masih ad-Dajal."
Tamim tlh berlayar bersama 30 org anak kapal. tiba2 kapalnya dipukul ribut dan mereka terdampar di sebuah pulau. di pulau itu ada seekor binatang yg berbulu lebat hingga tdk dpt dikenali yg mana satu ekor dan kepalanya. binatang itulah yg dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). disitulah bermulanya dialog antara Tamim dan Al-Jassasah.

Al-Jassasah: wahai manusia pergilah kamu berjumpa dgn lelaki itu.
lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dlm hutan dan berjumpa dgn manusia yg di maksudkan. lelaki itu mempunyai saiz badan yg besar drpd manusia biasa, dirantai dgn rantai yg cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dgn besi.
Tamim: siapakah kamu?
Dajal: kamu akan tahu siapa aku nanti. tapi siapa kamu?
Tamim: kami org Arab, kami sesat.
Dajal: beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di BYSAN. adakah ia sedang berbuah?
Tamim: ya.
Dajal: sekejap lagi kebun itu tdk akan berbuah lg. beritahu aku tentang tasik TABARIAH, adakah masih banyak airnya?
Tamim: airnya byk lg.
Dajal: Tidak lama lg airnya akan berkurangan dan kering. beritahu aku tentang mata air ZUGHAR, adakah masih byk airnya dan digunakan olh penduduk utk bertani?
Tamim: banyak dan masih digunakan oleh penduduk.
Dajal: tidak lama lg air itu akan kering. ceritakan kpdku tentang nabi Arab yg buta huruf. sudahkah dia keluar dr mekah dan menetap di madinah.adakah org Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?
Tamim: dia sudah keluar dr mekah dan menuju ke madinah. org arab telah mentaatinya.
Dajal: betulkah itu? sesungguhnya mentaatinya adalah lbh baik. aku akan mengatakan pd kamu tentang diriku. aku adalah AL-MASIH AD-DAJAL. sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan utk keluar. aku akan berjln di muka bumi dan masuk ke seluruh pelosok daerah dlm masa 40 hari kecuali mekah dan madinah. kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan dihadang oleh malaikat yg di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku...
Rasulullah bersabda: " ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen ... akan dtg dr arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah timur)."-riwayat Muslim.

drpd Abu Bakar al-Siddiq, Rasulullah bersabda, "dajal akan muncul ke bumi dr arah timur bernama Khurasan."riwayat al-Tarmizi.

drpd Anas bin Malik, Rasulullah bersabda: "dajal akan keluar dr kota yahudi, Khurasan bersama 70 ribu Yahudi dari Isfahan."-riwayat Imam Ahmad.

tip mengelakkan fitnah dajal:
  1. hafal 10 ayat pertama surah al-Khafi.
  2. Rasulullah menyuruh umatnya supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "ya Allah, aku berlindung dgn Mu dr azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al Masihi ad-dajal."

peringatan untuk wanita dan aku sendiri:
ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak2 akan menjadi pengikutnya. sehinggakan org lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tdk mjd pengikut dajal...

wallahhualam~~

Saturday 19 May 2012

ISU MURTAD DI MALAYSIA

Assalammualaikum... pertama sekali saya hendak memohon maaf sekiranya pendapat dalam nukilan saya ini bertentangan dengan pendapat para pembaca sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati... segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T dan kekurangan saya akan berusaha memperbaikinya...sesungguhnya nasihat menasihati itu adalah tanggungjawab setiap umat Islam... tujuan saya di sini bukanlah hendak menunjuk kepandaiaan saya, malah saya mengaku bahawa ada manusia yang lebih baik dan lebih layak untuk memberi pendapat mereka dalam isu ini...

mengikut sejarah, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, ramai umat islam yang berpaling daripada agama Islam yang sebenar, mereka enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ibadah zakat itu, ada yang mengaku diri mereka nabi, mereka juga terkeluar daripada agama Islam. semasa pemerintahan khulafa' arrasyidin yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar AsSiddiq R.A, beliau telah menentang golongan al-Riddah ini dengan begitu bersungguh-sungguh dan konsisten... apa yang saya cuba katakan melalui kisah sebentar tadi, isu murtad bukanlah isu baru yang dibincangkan pada abad ke-21 ini malah isu ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya dahulu...

Statistik mengatakan bahawa dalam 10 tahun terdapat 893 permohonan rakyat Malaysia beragama Islam untuk menukar agama mereka kepada agama yang lain. paling menyedihkan dan paling tidak dapat di terima oleh masyarakat, terdapat 168 permohonan telah diterima!!! apakah isu ini hanya isu biasa dan hanya mendapat perspektif masyarakat yang hanya sebentar sahaja...menurut Perkara 3, Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan tetapi mengapa isu yang sebegitu sensitif ini tidak dibincangkan dengan lebih serius dalam parlimen? pada tahun 1989, menteri Terengganu (maaf saya tidak ingat namanya, sama2lah kita google ye) telah memberi cadangan untuk menubuhkan sebuah akta yang berkaitan dengan masalah murtad ini tetapi cadangan ini di tolak mentah-mentah atas sebab-sebab yang tidak diketahui masyarakat... inilah persoalan pertama yang saya dapat ketengahkan dalam nukilan saya...

Selain itu, berkenaan kes gereja-gereja yang berusaha mengajak umat Islam untuk meninggalkan agama Islam telah menjadi isu hangat, ianya bagaikan ikan yang tenggelam dan selepas itu timbul sekejap dan akhirnya tenggelam semula... menurut perkara 11, tiap-tiap warganegara bebas menganut dan mengamalkan agamanya. perkataan NYA disini bukanlah sekadar pelengkap ayat tetapi perlulah difahami oleh semua masyarakat... mereka berhak untuk menganut dan mengamalkan agama yang telah mereka anuti, dan bukannya suatu kelonggaran kepada seluruh masyarakat terutamanya yang beragam Islam sesuka hati untuk bertukar-tukar agama. sebagai contoh, umat Islam di Malaysia bebas merayakan Hari Raya aidilfitri dan lain2, begitu juga dengan agama Hindu, mereka bebas menyambut perayaan Deepavali dan begitu juga dengan agama-agama yang lain.

saya di sini bukanlah hendak mengupas isu gereja yang memurtadkan rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana isu tersebut telah hangat diperkatakan di dalam surat khabar dan berita-berita semasa. sebagai seorang individu yang beragama Islam, saya ingin berkongsi ilmu serta cadangan supaya agama Islam di Malaysia dapat dipelihara kesuciaannya daripada golongan-golongan yang mempermainkan agama seperti golongan murtad... saya telah mencatat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ini menerusi salah sebuah program di kaca televisyen... Berikut ialah langkah-langkahnya:

1) program dakwah: sebagai seorang pendakwah amat penting baginya untuk menerapkan ciri-ciri pendakwah profesional dalam diri mereka...
2)sekolah-sekolah agama: sistem pendidikan yang bertujuan memantapkan akidah melalui gabungan Islam dan Sains...
3)peranan media massa: sedar ataupun tidak, media massa dapat mencorak pemikiran masyarakat dengan itu sya berharap agar lebih banyak rancangan yang berunsurkan ilmu-ilmu yang bermanfaat di paparkan di dalam kaca televisyen mahupun di laman sesawang...
4)pemerintah: mencantikkan perkembangan politik agar menjadi lebih sistematik..
5)undang-undang: sambungan daripada perkara 11-4: dewan negeri ada hak untuk membuat undang-undang bagi menyekat dakwah orang bukan islam terhadap orang Islam. maka, dengan itu, mengapa undang-undang ini masih tidak memberi impak yang jelas bagi membanteras isu murtad dalam kalangan umat islam di Malaysia... Fikirkanlah para pembaca, sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum hudud bagi sesiapa yang murtad iaitu mereka dikenakan hukum bunuh kerana mempermainkan agama Islam... Itulah bezanya undang-undang yang dibuat oleh manusia dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T...
6)keluarga: ibu bapa wajib memberi ilmu asas akidah kepada anak-anak... selain itu, sikap ibu bapa juga perlulah baik agar dapat dicontohi oleh anak-anak..


sekali lagi saya mohon maaf sekiranya pandangan-pandangan di atas kurang jelas kerana saya hanyalah manusia biasa yang masih belum cukup ilmunya dengan itu saya berharap agar para pembaca dapat menasihati saya dengan baik agar kita bersama-sama dapat memperbaiki diri dan bersama-sama menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T
sekian~