Assalammualaikum... pertama sekali saya hendak memohon maaf sekiranya pendapat dalam nukilan saya ini bertentangan dengan pendapat para pembaca sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati... segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T dan kekurangan saya akan berusaha memperbaikinya...sesungguhnya nasihat menasihati itu adalah tanggungjawab setiap umat Islam... tujuan saya di sini bukanlah hendak menunjuk kepandaiaan saya, malah saya mengaku bahawa ada manusia yang lebih baik dan lebih layak untuk memberi pendapat mereka dalam isu ini...
mengikut sejarah, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, ramai umat islam yang berpaling daripada agama Islam yang sebenar, mereka enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ibadah zakat itu, ada yang mengaku diri mereka nabi, mereka juga terkeluar daripada agama Islam. semasa pemerintahan khulafa' arrasyidin yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar AsSiddiq R.A, beliau telah menentang golongan al-Riddah ini dengan begitu bersungguh-sungguh dan konsisten... apa yang saya cuba katakan melalui kisah sebentar tadi, isu murtad bukanlah isu baru yang dibincangkan pada abad ke-21 ini malah isu ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya dahulu...
Statistik mengatakan bahawa dalam 10 tahun terdapat 893 permohonan rakyat Malaysia beragama Islam untuk menukar agama mereka kepada agama yang lain. paling menyedihkan dan paling tidak dapat di terima oleh masyarakat, terdapat 168 permohonan telah diterima!!! apakah isu ini hanya isu biasa dan hanya mendapat perspektif masyarakat yang hanya sebentar sahaja...menurut Perkara 3, Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan tetapi mengapa isu yang sebegitu sensitif ini tidak dibincangkan dengan lebih serius dalam parlimen? pada tahun 1989, menteri Terengganu (maaf saya tidak ingat namanya, sama2lah kita google ye) telah memberi cadangan untuk menubuhkan sebuah akta yang berkaitan dengan masalah murtad ini tetapi cadangan ini di tolak mentah-mentah atas sebab-sebab yang tidak diketahui masyarakat... inilah persoalan pertama yang saya dapat ketengahkan dalam nukilan saya...
Selain itu, berkenaan kes gereja-gereja yang berusaha mengajak umat Islam untuk meninggalkan agama Islam telah menjadi isu hangat, ianya bagaikan ikan yang tenggelam dan selepas itu timbul sekejap dan akhirnya tenggelam semula... menurut perkara 11, tiap-tiap warganegara bebas menganut dan mengamalkan agamanya. perkataan NYA disini bukanlah sekadar pelengkap ayat tetapi perlulah difahami oleh semua masyarakat... mereka berhak untuk menganut dan mengamalkan agama yang telah mereka anuti, dan bukannya suatu kelonggaran kepada seluruh masyarakat terutamanya yang beragam Islam sesuka hati untuk bertukar-tukar agama. sebagai contoh, umat Islam di Malaysia bebas merayakan Hari Raya aidilfitri dan lain2, begitu juga dengan agama Hindu, mereka bebas menyambut perayaan Deepavali dan begitu juga dengan agama-agama yang lain.
saya di sini bukanlah hendak mengupas isu gereja yang memurtadkan rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana isu tersebut telah hangat diperkatakan di dalam surat khabar dan berita-berita semasa. sebagai seorang individu yang beragama Islam, saya ingin berkongsi ilmu serta cadangan supaya agama Islam di Malaysia dapat dipelihara kesuciaannya daripada golongan-golongan yang mempermainkan agama seperti golongan murtad... saya telah mencatat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ini menerusi salah sebuah program di kaca televisyen... Berikut ialah langkah-langkahnya:
1) program dakwah: sebagai seorang pendakwah amat penting baginya untuk menerapkan ciri-ciri pendakwah profesional dalam diri mereka...
2)sekolah-sekolah agama: sistem pendidikan yang bertujuan memantapkan akidah melalui gabungan Islam dan Sains...
3)peranan media massa: sedar ataupun tidak, media massa dapat mencorak pemikiran masyarakat dengan itu sya berharap agar lebih banyak rancangan yang berunsurkan ilmu-ilmu yang bermanfaat di paparkan di dalam kaca televisyen mahupun di laman sesawang...
4)pemerintah: mencantikkan perkembangan politik agar menjadi lebih sistematik..
5)undang-undang: sambungan daripada perkara 11-4: dewan negeri ada hak untuk membuat undang-undang bagi menyekat dakwah orang bukan islam terhadap orang Islam. maka, dengan itu, mengapa undang-undang ini masih tidak memberi impak yang jelas bagi membanteras isu murtad dalam kalangan umat islam di Malaysia... Fikirkanlah para pembaca, sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum hudud bagi sesiapa yang murtad iaitu mereka dikenakan hukum bunuh kerana mempermainkan agama Islam... Itulah bezanya undang-undang yang dibuat oleh manusia dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T...
6)keluarga: ibu bapa wajib memberi ilmu asas akidah kepada anak-anak... selain itu, sikap ibu bapa juga perlulah baik agar dapat dicontohi oleh anak-anak..
sekali lagi saya mohon maaf sekiranya pandangan-pandangan di atas kurang jelas kerana saya hanyalah manusia biasa yang masih belum cukup ilmunya dengan itu saya berharap agar para pembaca dapat menasihati saya dengan baik agar kita bersama-sama dapat memperbaiki diri dan bersama-sama menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T
sekian~
No comments :
Post a Comment
BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA