Friday, 26 October 2012

Rasa Marah



MARAH lawannya SABAR :)


-siapa tidak pernah rasa marah?
 mula-mula rasa marah, bila kemarahan itu dipendam, lama-lama kita akan keluarkan air mata... kemarahan ialah api dan ianya dipadam secara tidak sengaja oleh air iaitu air mata...(aku la ni, kuat nangis :p)

marah yang melampau tidak elok... bila seseorang tu rasa marah, dia kena ingat Allah supaya marah dia tidak melampaui batas... nampak tak? Islam selalu ada cara untuk mengawal fitrah manusia agar niat,perkataan dan perbuatan kita sentiasa baik... Apa yang akan terjadi jika marah berlanjutan? Jika ianya berlaku dalam kalangan ahli keluarga bagaimana pula? sudah tentu, ahli keluarga saling bermasam muka dan akhirnya hilanglah keharmonian institusi keluarga... siapa yang rugi? aiyokkk tak tau -,-

Nabi SAW bersabda maksudnya:

”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda maksudnya :

Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

PUNCA?? mungkin bila pendapat ditolak dan kita tidak boleh menerima hakikat...kesian...ermmm mungkin kta asyik nak menang je... lagi...ermmm..hah, jeles???? apa kata stop buat andaian and baca bawah ni hihi

Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu 

-Rasa bangga diri, 
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, 
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

#MUHASABAH DIRI




No comments :

Post a Comment

BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA