Wednesday 28 November 2012

CINTA




siapa pernah bercinta? :)
awak ya?... bagaimana awak pasti rasa itu sebenarnya cinta?
terima kasih walaupun awak tidak bersuara, cukuplah Allah Maha Mengetahui apa di dalam hati awak :)
coretan yang tidak seberapa ini saya ingin simpan buat diri sendiri dan juga khas untuk awak :)






ramai tahu bahawa cinta itu fitrah...
 kejamnya manusia tanpa cinta. rasa cinta melahirkan kasih sayang antara kita. 

mari lihat situasi dimana kita mula-mula dilahirkan kedunia...
sewaktu kita lahir kedunia, mungkin bayi yang menangis itu sedang mencari cinta yang mampu menghangatkan badan kecil ini... tatkala kesejukan, tubuh kecil itu dibalut dengan tuala tebal dan lembut...
sewaktu mata belum mampu melihat sepenuhnya, hanya rasa yang mampu menerjah...
"aku sayang dia...dia ibuku...cintaku mula berputik"

mari lihat situasi yang sebaliknya...situasi dimana rasa cinta hilang.
 akhirnya tiada kasih sayang sesama makhluk. 
sewaktu dalam kandungan, tubuh kecil itu sering dipersalahkan...
pelbagai cara untuk mengelakkan tubuh kecil itu lahir kedunia...
dan tatkala dia lahir, dia menangis, mencari cinta dan kasih sayang seseorang yang mampu menghangatkan tubuh kecil yang menggigil kesejukan...
memanggil-manggil hingga suara si kecil itu hilang dari pendengaran ibu tercinta...
"aku benci dia...budak ini bukan kehendak aku...semua salah jantan tak guna itu...dia membiarkan aku terkontang-kanting melahirkan budak ini setelah dia dapat apa yang dia hendak.."
awak......
dapat tak apa yang saya cuba sampaikan ini? 
awak mesti tahu yang mana satu antara dua situasi tersebut merupakan rasa CINTA yang berlandaskan syarak :)
situasi pertama:
melalui perkahwinan antara lelaki dan perempuan melahirkan zuriat yang sering dinanti-nantikan....
 harapan mereka memuncak tatkala melihat zuriat mereka lahir kedunia...
 mereka menjaga, mendidik dan memberi segala keperluan kepada tubuh kecil itu agar dia membesar dengan penuh rasa cinta ibu bapa...
dengan harapan agar cinta antara mereka membawa bahagia hingga ke akhirat...
situasi kedua:
melalui zina antara lelaki dan perempuan melahirkan tubuh kecil yang tidak berdosa dan tidak pula menanggung dosa atas perbuatan dua orang yang terkutuk itu...
harapan mereka agar tubuh kecil ini lenyap dan tidak menyusahkan mereka...
yang lelaki lesap tanpa dikesan oleh si wanita yang terkontang-kanting itu...
si wanita terasa bodoh dan tertipu dek 'cinta' yang sebenarnya bukan cinta...
rasa itu merupakan nafsu yang mengajak kepada kejahatan... 
si lelaki terus menerus merosakkan wanita-wanita lain...
si wanita menyambung kezaliman dengan memastikan bayi itu tidak hidup di dunia...
hanya yang pasti, tubuh lemah yang terkulai itu akan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat, penuh rasa cinta dan kasih sayang...

"Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani."
(Az-Zumar 39:53)



No comments :

Post a Comment

BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA