Wednesday 10 April 2013

Ingatlah wahai hati ini...


Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
coretan saya kali ini bukan sekadar untuk mengisi ruangan ini...
sama-sama kita meluruskan niat untuk mencapai kemenangan yang besar iaitu REDHA ALLAH S.W.T

sumber: umar. "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak mulia". telaga biru sdn.bhd

kalau anda tanya saya, apakah alat manusia yang mampu mempengaruhi manusia, saya akan katakan "kata-kata yang terbit daripada mulut seseorang itu atau dengan ayat mudahnnya lidah"...
Namun, adakah kita dibenarkan untuk berkata-kata mengikut hawa nafsu tanpa berfikir terlebih dhulu? ya, mungkin di barat mengatakan "ianya hak kami"...kerana mereka tidak ingat bahawa kelak kita 
akan dibangkitkan semula setelah mati untuk dihisab dan ditanya 
tentang setiap perbuatan kita ketika hidup dulu...

mari kita lihat dan renung kisah-kisah para ulama dalam menjaga setiap bait kata mereka...

para ulama berasa takut setiap kali diajukan soalan kerana khuatir memasukkan pendapat peribadi ke dalam agama Allah tanpa sengaja. Al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan dalam kitab al-Faqih wal Mutafaqih daripada 'Atha' bin al-saib (seorang tabiin) katanya, "Aku pernah melihat suatu kaum (maksudnya para sahabat Rasulullah s.a.w), jika salah seorang mereka ditanyakan suatu soalan, ia menjawabnya sambil gementar."

Al-Khatib juga meriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin (seorang imam tabiin di Basrah), bahawa setiap kali beliau ditanyakan hukum halal dan haram, raut wajahnya segera berubah, seolah-olah ia bukan Ibnu Sirin yang dahulu.

riwayat Abu Shalt, "setiap kali imam malik ditanya tentang suatu fatwa, beliau berasa seolah-olah berada di antara syurga dengan neraka."

Imam Ibnu al-Jawzi meriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal, "sering kali aku menunggu selama tiga tahun sebelum membuat kesimpulan atas suatu hukum."

....................................................................................................................

lihatlah bagaima ulama-ulama yang sangat alim dan pasti ilmunya sangat tinggi jika dibandingkan dengan hamba Allah seperti kita sangat menjaga tiap perkataan mereka kerana mereka yakin dengan hari kebangkitan dimana kita semua akan disoal di akhirat kelak tentang tiap perbuatan kita...mereka juga tidak segan silu untuk mengatakan "tidak tahu" untuk mengelakkan daripada memberikan pendapat sendiri..
ini kerana, kebanyakan aliran bidaah yang lahir berasal daripada orang-orang yang selalu memasukkan pendapat peribadinya (ra'y) ke dalam agama Islam. Contohnya, Ma'bad al-Juhan (pembangun mazhab Qadariyyah), Jahm bin Safwan (pembangun mazhab Jahami), Washil bin 'Atha' (pembangun mazhab Muktazilah).... berbalik semula kepada para ulama yang teguh imannya disamping tinggi ilmunya, mereka sentiasa merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dengan menggunakan cara istinbat yang diakui kesahihannya sambil berhati-hati sebelum membuat kesimpulan.

............................................................................................

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, 'ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

(surah an-Nahl 16:116)

......................................................................................

Al-Khatib meriwayatkan bahawa suatu hari, Rabi'ah bin Abdurahman (guru Imam Malik) dilihat sedang menangis dengan sedihnya. Dia ditanya, "mengapa engkau menangis? adakah engkau sedang ditimpa suatu musibah?" Rabi'ah menjawab, "Tidak. Aku menangis kerana pada hari ini orang-orang yang tidak berilmu diminta fatwa tentang agama. Telah terjadi musibah yang sangat besar dalam agama Islam."

Rabi'ah menangis ketika masa itu ramai lagi fuqaha dan hati-hati masih bersih, beliau telah melihat peristiwa itu sebagai musibah besar... seandainya beliau masih hidup dan melihat situasi zaman sekarang dimana, orang-orang yang tiada ilmu sewenang-wenangnya berbahas tentang agama Islam di laman sosial, mungkin beliau lebih sedih lagi...

Wallahualam...





No comments :

Post a Comment

BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA