Thursday 11 April 2013

DENGARLAH WAHAI HATI INI


Teriakan hati tiada siapa yang ketahui melainkan si Dia Maha Mendengar... tatkala berselirat persoalan di minda, tatkala penuh titik-titik hitam di hati, tatkala diri dibelungi dosa silam, hanya Mu YaAllah yang Maha Pengasih Maha Penyayang sudi menerima diri ini dan sudi mendengar tiap rayu dan rintih hati ini...

Pada mulanya aku hanya berfikir, bagaimana mendahulukan cinta Allah dan Rasul dalam hidup seorang muslim?

Alhamdulillah...pada hari ini Jumaat 12/4/13 insyaAllah ini jawapannya...


hiraukanlah animasi cintan cintun yang terdapat dalam video ini... 

tutup mata anda, hayati tiap bait kata yang ingin disampaikan oleh insan ini...
semoga ibrah yang kita peroleh mampu meningkatkan cinta kita kepada
Allah dan RasulNya

 Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, “Ada tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang akan maka ia akan merasakan manisnya iman iaitu;
(a). Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya selain dari keduanya,
(b). Hendaklah mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan
(c). Hendaklah benci untuk kafir kembali kepada kekafiran (termasuk juga keingkaran pada perintah Allah dan Rasul-Nya) sebagaimana benci apabila ia dilemparkan ke neraka.” [0016] Sahih Bukhari

No comments :

Post a Comment

BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA