Saturday 20 April 2013

Thank You Allah


Alhamdulillah, praise to Allah for giving me a chance to write another entrance..
special gift for my lovely friends...
Jangan peduli dengan turutan nama, tetapi fikirlah contents yang aku cuba sampaikan...
moga manfaat untuk kita semua...agar persahabatan hingga ke Jannah :)
Fathiah: sahabat aku yang pertama ketika dibangku sekolah rendah... masih segar gambaran mukanya yang sangat comel, putih bersih dan seorang yang peramah dalam malu :) jika aku sedar betapa pentingnnya ukhuwah pada waktu itu, sudah pasti alamat rumah, nombor telefon rumah, no. tel mak bapak kau (sb time tu kecik, x de fon sendiri, aku tau...) aku simpan... semoga kita berjumpa dan pada waktu itu aku nak ucapkan 'terima kasih sebab kawan dengan aku dan selalu jalan dengan aku time sekolah dulu'... jika tidak di dunia, biarlah di jannah kelak...ameen!

Haniza: seorang yang sangat comel, mempunyai lesung pipit seperti aku (tapi kau punya lagi dalam) dan sudah pasti seorang pengawas disilplin yang sangat berkaliber :) aku ingat lagi sewaktu kau pindah sekolah kerana mengikut keluarga kau berpindah ke rawang... kau rajin hantar surat kepada aku (jgn gelak, dulu kami tiada fon) tetapi aku tersangat malas untuk reply...kerana sewaktu itu aku tiada kesedaran betapa pentingnnya ukhuwahfillah...sedikit kesal dalam diri aku kerana mungkin sebab itu kita sudah miss contact... moga Allah temukan aku dengan kau di dunia mahupun di akhirat kelak.. ameen!

Fad: aku bersyukur kerana aku masih berhubung dengannya walaupun jarang lagi berjumpa... dialah kawan aku sewaktu naik sekolah menengah... kami satu kepala, tetapi dia lebih penyabar berbanding aku...ingat tak, waktu sejarah, engkau selalu mengelat untuk hantar nota sejarah sebab buku nota sejarah kau langsung tak wujud, errmmm kalau tak silap aku, tingkatan 4 kot (haha sori kalau salah)... ini pengakuan aku terhadap kau, sebenarnya aku sangat respect dengan kau kerana kau seorang yang berdikari sedangkan aku tidak (penakut nak jumpa orang)...kekadang engkau menjadi inspirasi aku untuk berdikari sewaktu keluarga dan tiada sesiapa disidi aku...dan ketika itu aku sedar, aku ada Allah... Alhamdulillah, Allah temukan kau dengan aku... :)

Shahirah: (ejaan aku salah ke? sori tau...kau pon tau la aku kan ada penyakit lupa skit) kawan sewaktu di sekolah menengah. ketika itu kau berkawan rapat dengan fad dan tetiba aku join sekaki dengan korang hehe... ingat tak dulu, pantang nampak manusia hensem mesti nak usha...hikhik (gelak gedik).. tetapi semua itu berlaku sebelum diri ditarbiyah... kau seorang yang cantik dan aku respect kau kerana kau tidak mudah didekati oleh mana2 lelaki yang sukakan kau... aku harap kau seperti yang dahulu dan mungkin lebih baik dari dahulu...Indahnya ciptaan Ilahi membuatkan hati lebih mencintaiMu...

Hana: just one word for me to describe about you, "kelakar!"... aku ingat sewaktu kau mula2 masuk kelas aku...dan sekejap sangat kau dapat sesuaikan diri dengan budak2 kelas aku :) Alhamdulillah, group members semakin bertambah... aku, ira, fad dan kau... dan kita mula rapat sewaktu tingkatan 4 agaknya...tingkatan 5 kita pergi satu tusyen yang sama... ingat tak kita berebut cikgu tusyen physics ...haha alih2 kau mengalah, kau amek pulak cikgu tusyen sejarah... kau seorang yang caring, kau seorang yang sangat rajin reply messages aku yg mengarut... pengakuan seterusnya, tiap kali kitaorang keluar bersama tanpa kau, suasana akan hambar sedikit (aku rasa camtu, tak tau camne org lain rasa)... dan sampai sekarang kau mampu buat aku tersengih sorang2 sebab teringat "alololololo" kau tu... xD

Eton: budak yang kebudak-budakan...kerana sifat kau tu lah kita boleh get along :) tapi mungkin sekarang dah matang kot, takpe friendship will never ends kerana berpaksi pada yang satu lillahhitaala... aku ingat lagi sewaktu kau masuk ke kelas aku (form4 kot) ..... aku ternganga sikit, buat pertama kalinya aku melihat rakan sebaya aku yang bertudung labuh secara live...awesome! aku boleh katakan kau ni 1 Malaysia :) dan ketika itu aku sedar betapa pentingnnya cara kita melayan rakan-rakan yang lain walaupun x sebangsa dan seagama dengan kita... Alhamdulillah, group members bertambah lagi, yeahh aku,fad,ira,hana dan kau... aku mula rapat dengan kau sewaktu form5 x silap aku...kita jalan sama2 pergi tusyen...tunggu bas sama dan kadang2 mak kau ambek dekat stesen minyak petronas tu... thanks to Allah for sending me a precious friend like you...aku mula berubah sikit dan aku harapkan doa korang semua untuk aku terus istiqamah di jalanNya... ameen!

Atin: kawan aku sewaktu di asasi... seorang yang peramah, bijak, berdikari, dan satu kepala dengan aku... aku selesa berkawan dengan dia kerana dia menjadi contoh yang baik untuk aku... first time makan dengan dia, terkeluar pulak persoalan ni "muka ko macam artis ni aku x ingat r nama dia".... dia pun dengan laju membalas "macam Izara Aishah?"... "hah, aah.." hahahha kelakarkan dialog ni... dia sangat kelakar tapi betulla muka dia cam izara aishah... hehe... Alhamdulillah, sejak tu aku mula kenal apa itu usrah, halaqah dan sebagainya... sejak tu aku bukan hamba kepada study tetapi sejak tu baru aku tahu "study kerana Allah"... sewaktu aku lihat dia, aku menjadi terinspirasi untuk jadi lebih baik... insyaAllah kau sahabat aku dunia dan akhirat... :)

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)

Indahnya nikmat ini, di dunia pun sudah dapat rasa kemanisannya jika berlandaskan syarak inikan pula balasan Allah s.w.t di akhirat kelak... Allahhuakbar!

No comments :

Post a Comment

BOLEH PUJI DAN KUTUK... MUAHAHA